Selasa, 17 September 2013

Mengambil upah Jahit Veil Tunang/Nikah- syarat2 tempahan

Mengambil upah jahit veil pengantin.

Syarat-syarat tempahan;

1. Untuk permulaan, saya hanya mengambil upah menjahit veil yang ditempah pada aras pinggang atau pinggul. 

2. Pelanggan perlu menyediakan sendiri kain net/kain yang ingin dijadikan veil serta lace yang ingin digunakan. Hal ini kerana terdapat ramai pelanggan yang lebih suka menggunakan lace atau patch lace  yang sama dengan baju yg beliau ingin pakai , atau telah mempunyai kain yang ingin dijadikan veil seperti net dan chiffon yg dibeli sekali dgn baju beliau. Hal ini lebih menyenangkan pelanggan. Kos pembelian lace dan kain veil ditanggung oleh pelanggan dan tidak termasuk dalam harga upah jahit kecuali berlaku perbincangan/persetujuan atas budi bicara kedua-dua pihak.

3. Saya hanya mengambil upah menjahit lace pada veil serta menghias lace dengan mutiara atau manik. Kos memotong kain veil, kelim kain veil, kos/harga manik termasuk dalam upah menjahit kecuali jika terdapat permintaan khas daripada pelanggan untuk menggunakan manik/mutiara yang dibawa oleh pelanggan yang mana kos mutiara/manik pelanggan tidak ditanggung oleh saya serta tidak termasuk dalam upah menjahit. Tiada penolakan harga tempahan dilakukan walaupun pelanggan memberi mutiara/manik yang dibeli sendiri.

4. Manik/ mutiara yang digunakan adalah jenis berat dan berkualiti. Mutiara dan manik kebiasaanya dijahit secara tabur dan mengikut corak lace yang ditampal. Hiasan mutiara pada kepala adalah lebih sarat berbanding bahagian lain. Boleh rujukan entri veil 1 dan 2 dalam  blog ini untuk melihat contoh veil yang pernah dijahit.

5. Upah jahit adalah bergantung kepada design veil. Keliling veil akan dikelim halus sebelum dijahit lace. Sila Rujuk gambar2 di bawah untuk harga pokok dan jenis design veil secara kasar. Design yang ditunjukkan bukanlah akan ditiru 100%, pelanggan boleh berbincang ttg design yg dingini dan harga upah akan ditetapkan berdasarkan harga pokok mengikut jenis design.


PERHATIAN !!!!
Harga di bawah adalah untuk veil pada paras pinggang shj. Tambahan RM 10 pada setiap design akan dikenakan untuk veil pada paras pinggul.


Design 1 : D-shaped. Lace di bahagian kepala dan bunga patch di penjuru depan.
RM 50


Design 2 : D-shaped. Lace di bahagian kepala dan bunga patch 5 bahagian veil seperti di bawah.
RM 60




Design 3 : D-shaped. Lace di bahagian kepala dan bunga patch di 5 bahagian veil seperti di bawah. Patch lace berbentuk bunga2 kecil turut dijahit.
RM 70


Design 4 : D-shaped. Lace dihait dengan sarat di bahagian kepala dan bunga patch besar serta kecil di sekelililing veil seperti di bawah.
RM80-110 (bergantung kpd kerumitan jahitan dan bilangan mutiara dan manik)



6. Pelanggan dialu-alukan untuk membawa gambar contoh veil yang ingin ditiru jika ada. Namun, harus diingat bahawa saya tidak dapat 100% meniru/mengikut gambar contoh veil yang dibawa oleh pelanggan. Perkhidmatan jahitan manik/mutiara 3D tidak disediakan.

7. Amnya tempahan akan disiapkan dalam tempoh minimum 2 minggu dan maksimum sebulan. Bergantung kepada saiz veil dan jenis design. Namun kepada yang berminat dialu-alukan untuk berbincang/hubungi saya (0132730992) kerana jika tempahan tidak banyak veil anda boleh disiapkan lebih cepat atau mungkin kurang dari 2 minggu bergantung kepada keadaan.

8. Kepuasan pelanggan adalah keutamaan, jika pelanggan tidak berpuas hati dengan hasil jahitan. Rundingan harga baru berdasarkan hasil jahitan boleh dilakukan atas persetujuan kedua-dua pihak.

9. Warna2 manik dan mutiara boleh dicampur maksimum 3 warna ataupun di atas budi bicara kedua-dua pihak. Pelanggan boleh mencadangkan warna manik yang ingin diguna namun ianya bergantung kpd availability warna dan jenis manik tersebut di pasaran. Note: gambar warna manik yg diemailkan atau melalui contoh kain yg diberi selalunya tidak akan 100% sama.

 10. Setiap tempahan veil perlulah membuat bayaran DEPOSIT terlebih dahulu, baki bayaran hendaklah dijelaskan apabila veil siap dijahit.

11. Hubungi saya, Nadia di 0132730992 untuk pertanyaan lanjut. tq

Tiada ulasan:

Catat Ulasan