Selasa, 17 September 2013

Mengambil upah Jahit Veil Tunang/Nikah- syarat2 tempahan

Mengambil upah jahit veil pengantin.

Syarat-syarat tempahan;

1. Untuk permulaan, saya hanya mengambil upah menjahit veil yang ditempah pada aras pinggang atau pinggul. 

2. Pelanggan perlu menyediakan sendiri kain net/kain yang ingin dijadikan veil serta lace yang ingin digunakan. Hal ini kerana terdapat ramai pelanggan yang lebih suka menggunakan lace atau patch lace  yang sama dengan baju yg beliau ingin pakai , atau telah mempunyai kain yang ingin dijadikan veil seperti net dan chiffon yg dibeli sekali dgn baju beliau. Hal ini lebih menyenangkan pelanggan. Kos pembelian lace dan kain veil ditanggung oleh pelanggan dan tidak termasuk dalam harga upah jahit kecuali berlaku perbincangan/persetujuan atas budi bicara kedua-dua pihak.

3. Saya hanya mengambil upah menjahit lace pada veil serta menghias lace dengan mutiara atau manik. Kos memotong kain veil, kelim kain veil, kos/harga manik termasuk dalam upah menjahit kecuali jika terdapat permintaan khas daripada pelanggan untuk menggunakan manik/mutiara yang dibawa oleh pelanggan yang mana kos mutiara/manik pelanggan tidak ditanggung oleh saya serta tidak termasuk dalam upah menjahit. Tiada penolakan harga tempahan dilakukan walaupun pelanggan memberi mutiara/manik yang dibeli sendiri.

4. Manik/ mutiara yang digunakan adalah jenis berat dan berkualiti. Mutiara dan manik kebiasaanya dijahit secara tabur dan mengikut corak lace yang ditampal. Hiasan mutiara pada kepala adalah lebih sarat berbanding bahagian lain. Boleh rujukan entri veil 1 dan 2 dalam  blog ini untuk melihat contoh veil yang pernah dijahit.

5. Upah jahit adalah bergantung kepada design veil. Keliling veil akan dikelim halus sebelum dijahit lace. Sila Rujuk gambar2 di bawah untuk harga pokok dan jenis design veil secara kasar. Design yang ditunjukkan bukanlah akan ditiru 100%, pelanggan boleh berbincang ttg design yg dingini dan harga upah akan ditetapkan berdasarkan harga pokok mengikut jenis design.


PERHATIAN !!!!
Harga di bawah adalah untuk veil pada paras pinggang shj. Tambahan RM 10 pada setiap design akan dikenakan untuk veil pada paras pinggul.


Design 1 : D-shaped. Lace di bahagian kepala dan bunga patch di penjuru depan.
RM 50


Design 2 : D-shaped. Lace di bahagian kepala dan bunga patch 5 bahagian veil seperti di bawah.
RM 60




Design 3 : D-shaped. Lace di bahagian kepala dan bunga patch di 5 bahagian veil seperti di bawah. Patch lace berbentuk bunga2 kecil turut dijahit.
RM 70


Design 4 : D-shaped. Lace dihait dengan sarat di bahagian kepala dan bunga patch besar serta kecil di sekelililing veil seperti di bawah.
RM80-110 (bergantung kpd kerumitan jahitan dan bilangan mutiara dan manik)



6. Pelanggan dialu-alukan untuk membawa gambar contoh veil yang ingin ditiru jika ada. Namun, harus diingat bahawa saya tidak dapat 100% meniru/mengikut gambar contoh veil yang dibawa oleh pelanggan. Perkhidmatan jahitan manik/mutiara 3D tidak disediakan.

7. Amnya tempahan akan disiapkan dalam tempoh minimum 2 minggu dan maksimum sebulan. Bergantung kepada saiz veil dan jenis design. Namun kepada yang berminat dialu-alukan untuk berbincang/hubungi saya (0132730992) kerana jika tempahan tidak banyak veil anda boleh disiapkan lebih cepat atau mungkin kurang dari 2 minggu bergantung kepada keadaan.

8. Kepuasan pelanggan adalah keutamaan, jika pelanggan tidak berpuas hati dengan hasil jahitan. Rundingan harga baru berdasarkan hasil jahitan boleh dilakukan atas persetujuan kedua-dua pihak.

9. Warna2 manik dan mutiara boleh dicampur maksimum 3 warna ataupun di atas budi bicara kedua-dua pihak. Pelanggan boleh mencadangkan warna manik yang ingin diguna namun ianya bergantung kpd availability warna dan jenis manik tersebut di pasaran. Note: gambar warna manik yg diemailkan atau melalui contoh kain yg diberi selalunya tidak akan 100% sama.

 10. Setiap tempahan veil perlulah membuat bayaran DEPOSIT terlebih dahulu, baki bayaran hendaklah dijelaskan apabila veil siap dijahit.

11. Hubungi saya, Nadia di 0132730992 untuk pertanyaan lanjut. tq

Baju Kurung Moden 3- Krim

 HARGA SEWA - RM 110 + REFUNDABLE DEPOSIT RM 100

Baju Kurung Moden ni bertemakan warna krim kekuningan. Baju adalah double layer iaitu di bahagian luar adalah kain bersulam yang bercorak dan di bahagian dalam kain satin yang sejuk bila dipakai. Kain bagi baju kurung moden ini adalah satu lapis sahaja dan dari jenis satin. Yang penting baju ni tidak jarang dan sopan dipakai. Baju ni sesuai untuk bertunang, akad nikah dan juga untuk majlis kahwin bagi individu yang sukakan baju yang ringkas.

Sesuai untuk individu yang memakai baju bersaiz S/M serta mungkin sesuai dengan yg saiz L. Boleh datang try ye..



Pandangan dari depan

 Mutiara menghiasi bahagian hadapan baju.















Pandangan bahagian belakang baju






Baju + Kain





Baju ini terdapat satu set bersama veil + selendang half moon + inner selendang. Sila ikuti entri yang seterusnya. Harga baju yang disewa satu set dengan veil + selendang + inner selendang adalah lebih murah berbanding jika hanya baju yang disewa. tq

Jika berminat untuk sewa, hubungi @ wassap 0132730992.
Note : warna baju adalah krim kekuningan namun mungkin berbeza pada gambar mengikut sudut dan pencahayaan sewaktu gambar di ambil. 

Terms and conditions sewa baju dan yang berkaitan

Terms and conditions untuk menyewa baju adalah seperti berikut:

1. Setiap sewaan akan dikenakan deposit sebagai jaminan pemulangan. Deposit akan dipulangkan kembali selepas baju yang disewa selamat sampai dalam keadaan baik kepada saya.

2. Penyewa yang berminat boleh datang ke rumah saya untuk mencuba baju atau di tempat yang berdekatan dengan rumah saya di Serdang daerah Petaling, Selangor. Landmark adalah Klinik Kesihatan Seri Kembangan@South City Plaza.

3. Penyewa perlu mencuci baju secara "dry cleaning" sebelum dipulangkan di mana kos cucian adalah di bawah tanggungan penyewa. Baju perlu dicuci sejurus selepas dipakai untuk mengelakkan kekotoran yang ada sukar dihilangkan. Sebarang kerosakan pada baju perlu dimaklumkan sewaktu pemulangan. Jika terdapat kerosakan yang teruk pada baju, jumlah deposit yang akan dipulangkan akan mengambil kira berdasarkan nilai kerugian yang terpaksa ditanggung oleh saya.
Nota: sila sertakan resit dry cleaning semasa memulangkan baju@pos baju kepada saya.

4.Baju perlu dipulangkan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh disewa @tarikh pengeposan dilakukan.

5. Kos pos tidak termasuk dalam harga sewa baju.

6. Jika berminat, sila hubungi @ wassap 0132730992 (Nadiy).


Sekian, terima kasih.